Kedudukan Baitulmaqdis
Kedudukan Baitulmaqdis

Kedudukan Baitulmaqdis

Tahun MasihiKedudukan sah dan diplomatik Baitulmaqdis tidak diselesaikan.[1] Para sarjana undang-undang tidak bersetuju terhadap cara menyelesaikan pertikaian Israel–Palestin tentangnya di bawah undang-undang antarabangsa.[2] Secara rasminya, banyak negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpegang teguh pada usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa Baitulmaqdis patut memiliki status antarabangsa.[3]Pertikaian utama berkisar sekitar kedudukan sah Baitulmaqdis Timur, while broader agreement exists regarding future Israeli presence in Baitulmaqdis Barat.[2] De jure, sebahagian besar negara anggota PBB dan kebanyakan pertubuhan antarabangsa tidak mengiktiraf pemilikan Israel terhadap Baitulmaqdis Timur, datang di bawah kawalannya selepas Perang Enam Hari 1967, atau pengisytiharan Hukum Baitulmaqdis 1980 Israel, yang mengisytiharkan Baitulmaqdis yang "lengkap dan bersatu" sebagai ibu negara Israel.[4] Akibatnya, kedutaan-kedutaan asing kebiasaannya terletak di Tel Aviv dan di pinggir bandarnya.Baitulmaqdis merupakan salah satu daripada isu utama dalam proses pendamaian dalam konflik Israel–Palestin. Kedua-duanya, orang Israel dan orang Palestin ingin kota suci itu sebagai ibu negara masing-masing.[5]Kesatuan Eropah telah menyatakan bahawa kedudukan Baitulmaqdis ialah corpus separatum.[6][7] Presiden AS Donald Trump telah mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember 2017.[8]

Rujukan

WikiPedia: Kedudukan Baitulmaqdis https://www.theguardian.com/Archive/Article/0,4273... https://www.jweekly.com/1999/10/01/disney-response... https://books.google.com/books?id=NUhGYFwhx-0C&pg=... https://books.google.com/books?id=jKdKSqe78DIC&lpg... http://daccessdds.un.org/doc/RESOLUTION/GEN/NR0/39... https://www.theguardian.com/world/2014/jan/30/isra... http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/295001.stm http://fmep.org/resource/special-report-israels-un... http://www.astroawani.com/berita-dunia/amerika-sya...